top of page

PANDUAN DAN PERATURAN

ISTIADAT KONVOKESYEN PMM KE-14

(28 MAC 2015)

DEWAN PLATINUM, POLITEKNIK MERLIMAU

MELAKA

 

Disediakan oleh :

 

Jawatankuasa Istiadat Konvokesyen Ke-14,

Istiadat Konvokesyen ke-14

Politeknik Merlimau Melaka

 

 

 

 

PANDUAN DAN PERATURAN ISTIADAT KONVOKESYEN PMM KE-14

Para graduan yang ingin menghadiri Istiadat konvokesyen ini hendaklah mematuhi perkara berikut:-

 

1. Menyempurnakan Borang Jawapan Konvokesyen Ke-14 dan mengembalikannya dalam tempoh yang         ditetapkan.

 

2. Mendaftar dan menghadiri raptai pada 27 Mac 2015, 8.30 pagi di jabatan masing-masing. Kegagalan               menghadiri raptai boleh menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan mengikuti istiadat konvokesyen.

 

3. Berpakaian dan rupa diri yang sopan seperti berikut:-

 

 

GRADUAN LELAKI

 

i) Rambut – pendek, kemas dan tidak diwarnakan. Jika tidak mematuhinya, JUBAH TIDAK akan diberi.

 

ii) Pakaian - pakaian kebangsaan lengkap bersampin serba hitam dan songkok hitam

                                                                       

atau

 

      kemeja putih berlengan panjang dan berkot hitam, tali leher berwarna gelap serta seluar slack hitam.

 

iii) Kasut dan stokin – warna hitam (kasut sukan & sandal tidak dibenarkan)

 

 

 

GRADUAN PEREMPUAN

 

i) Pakaian – sepasang baju kurung warna bebas dan (tudung putih disediakan)      

 

atau

 

                    blouse warna putih dan skirt labuh, plain dan warna gelap.

 

ii) Kasut -  bertutup

              -  berwarna gelap (kasut sukan / platform / sandal tidak dibenarkan)

 

 

 

PENGIRING (Ibu / Bapa / Lain yang masuk dewan) hendaklah membawa Pas Masuk dewan dan

                         berpakaian sesuai untuk majlis rasmi.

 

i)        Lelaki – (batik / kemeja) berlengan panjang.

ii)       Perempuan – kebangsaan / sopan dan tidak jarang.

 

 

 

PERINGATAN:-

 

Pakaian kurang sopan seperti jarang, ketat, mendedahkan dan yang tidak sesuai untuk majlis rasmi adalah tidak dibenarkan.

 

Graduan juga hendaklah berpakaian yang sesuai (seperti untuk kuliah) sewaktu raptai dijalankan.

 

4. Memakai jubah (hijau kebiruan) yang disediakan oleh pihak Politeknik seperti yang diarahkan.

 

5. Membawa Slip Pengesanan Kajian Graduan.

 

 

 

PERHATIAN:

 

1.  Ibu / bapa / pengiring yang membawa Pas Masuk dewan hendaklah memasuki dewan pada 7.45 - 8.10          pagi bagi sesi pagi atau 2.00 – 2.20 petang bagi sesi petang.

 

2.  Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dilarang memasuki dewan.

 

3.  Hadirin tidak dibenarkan keluar / masuk dari dewan setelah istiadat dimulakan.

 

4.  Hadirin tidak dibenarkan mengambil gambar ketika istiadat berjalan (jurugambar profesional disediakan).

 

5.  Hadirin dilarang merokok di dalam dewan.

 

6.  Hadirin hendaklah mematikan telefon bimbit semasa berada di dalam dewan.

 

7.  Hadirin dilarang sama sekali berbual-bual atau membuat bising semasa istiadat sedang berjalan.

 

8.  Diploma hanya akan diserahkan selepas pengesahan pemulangan jubah dibuat. Kegagalan                            mengembalikan jubah akan mengakibatkan penahanan Diploma anda. Anda akan diminta membayar      sepenuhnya kos jubah sekiranya berlaku kehilangan.

bottom of page